Dalam kehidupan sekarang yang segalanya mahu cepat dan mudah, kita perlukan produk yang mampu memudahkan kerja seharian seperti penapis air sk magic
Air minum misalnya, cukup penting kerana kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Mahu air sejuk atau panas, tentunya kita inginkan yang cepat dan sudah tersedia.
Apabila tetamu datang, kerja menghidangkan air juga mahu cepat dan mudah sama ada air sejuk atau panas.
Bagi yang mempunyai anak kecil, tidak perlu risau kerana air panas untuk membancuh susu tersedia pada bila-bila masa, tidak perlu menunggu lama menanti air mendidih.
Air Bermineral
Air bermineral adalah pilihan terbaik kepada kesihatan berbanding mengambil minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi.
Sk Magic adalah satu jenama pengeluar penulen air dan udara dari Korea Selatan yang hadir untuk memberikan segala kemudahan.
Melalui sistem tiga suhu air panas automatik yang dibina, ia membolehkan anda membuat susu (bayi), air suam, teh, kopi, masak mi segera semudah ABC dan juga boleh menghasilkan ais.
Kemudahan Harian dan kerja di dapur
Bagi membuat susu anak, air panas dan suam disesuaikan untuk campuran formula bayi tanpa menghilangkan nutriennya pada tetapan suhu 45 darjah celsius (°C), 50 °C atau 55 °C.
Untuk air panas sempurna menyediakan teh pula ditetapkan pada suhu optimum 70 °C supaya dapat mengekalkan keenakan minuman panas itu, manakala air sangat panas pada suhu lebih daripada 85 °C pula boleh digunakan untuk membuat kopi atau memasak mi segera.
Penapis Air Sk Magic Rekaan eksklusif
Tidak perlu lagi menunggu lama untuk menyediakan minuman sekiranya tetamu tiba-tiba bertandang ke rumah ataupun berasa risau anak menangis kerana mahukan susunya.
Dengan rekaan eksklusif, mewah serta elegan seperti penapis air hyper, satu bonus kerana reka bentuknya mampu menampilkan kelainan pada dekorasi dapur yang secara tidak langsung mengetengahkan elemen hiasan praktikal untuk kelihatan menarik sepanjang masa.
Servis Mudah dan terjamin
Produk pintar dan perkhidmatan berpusatkan pelanggan yang dimiliki penapis air sk magic menjadikan kehidupan penggunanya lebih sihat dan selesa.
JIK dalam bahasa Korea bermaksud sentiasa mengalir, manakala SOO membawa erti air lebih bersih, tulen dan penuh mineral berupaya dihasilkan menerusi penulen air berteknologi tinggi itu.
Proses Penapis Air Sk Magic
JIKSOO berfungsi di mana air disalurkan ke paip air keluli tahan karat, dibersihkan melalui penapis dan diekstrak untuk diminum tanpa memerlukan tangki air atau bekas menyebabkan proses penulenan itu berlaku dengan cepat.
Prestasi pembersihan dan penulenan airnya juga sangat cemerlang dengan penggunaan dua penapis Nano / UF.
Keistimewaan Penapis Air Sk Magic
Satu lagi keistimewaan JIKSOO ialah ia selamat digunakan untuk kanak-kanak kerana terdapat butang didedikasikan khas buat mereka yang dipasang di paras mata supaya mereka boleh ambil air sendiri selain mendidik tabiat minum air yang sihat.
Minum air secukupnya penting untuk tumbesaran kanak-kanak apatah lagi mereka memerlukannya supaya kekal dehidrasi, sama seperti individu dewasa.
JIK.SOO mempunyai ‘beeper’, intensiti cahaya, pelarasan suhu, kaedah pensterilan dan sanitasi maksimum.
Teknologi Tapisan
Teknologi Penjagaan UV adalah kaedah pensterilan paling selamat menggunakan gelombang UV-C yang menghilangkan lebih daripada 99 peratus bakteria, manakala LED UV menghapuskan 99.9 peratus bakteria dan gabus (saluran air) akan disteril setiap dua jam secara automatik untuk sanitasi maksimum.
Sistem Pantau
Lebih hebat lagi, alat kawalan jauh melalui aplikasi yang dimuat turun di dalam telefon pintar membolehkan anda mengetahui status atau sebarang kerosakan dialami produk.
Mula memasuki pasaran tempatan pada September lalu, JIK.SOO semakin mendapat tempat di hati masyarakat selepas berjaya dapat kelulusan Halal dari Jakim Malaysia.
Produk Dan Pilihan Terbaik
Syarikat SK Magic akan sentiasa menyediakan produk yang inovatif untuk meredakan rasa tidak selesa dan kebimbangan yang dialami oleh pelanggan berpandukan teknologi canggih, penyelidikan berterusan serta usaha tanpa henti.
Produk WARRANTY Sehingga 5 Tahun
Perkhidmatan Servis Secara Berkala
Penukaran Filter Secara Percuma
Khidmat Penstrilan Wap Utk Membasmi Kuman Secara Percuma
Non-Stop Customer Care
Dapatkan promosi terbaru sekarang. Call Now